EPL 2015 bakal berlangsung!

Eh, bukan EPL yang ini –

EPL

Logo di atas untuk English Premier League.  EPL yang mahu diceritakan di sini, ada juga persamaan dengan liga bola Inggeris – sebab memang berkait dengan English juga.

English Playshop for Ladies.

tn

(Poster di atas, cikpuan dengan durian itu imej zaman dahulu.  Sekarang diubah, nanti orang yang tidak suka durian tidak mahu sertai EPL pula.)

Semua pernah hadiri bengkel, atau workshop, betul?  Program ini dinamakan Playshop kerana banyak bermain dan kurang bekerja.  Kita bermain dengan bahasa Inggeris.  Ini cara terpantas untuk selesa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.  Play with the language.

24813_381720273298_1334713_n

Look at these ladies.  Bersemangat dan penuh perasaan melontarkan suara di dalam salah satu sesi EPL.

Mereka sedang mempraktikkan teknik Reading Out Loud melalui aktiviti Readers Theatre.

Apa bagusnya membaca dengan suara?

1.  Membaca perkataan satu persatu.  This is a good practice for pronunciation.
2.  Membaca dengan tempo lebih perlahan.  You read every word and this helps you and the listener(s) to catch what the story is about.
3.  Melihat ‘grammar in action’.
4.  Merangsang otak (dipetik dari buku Train the Brain oleh Dr Kawashima)

Slide310325752_10202904342664809_5626323750298760036_n

MashaAllah!  Betapa aktifnya otak kita semasa melakukan ‘reading out loud.’

Ini salah satu manfaat besar membaca Al Quran setiap hari, setuju?

——————————-

Ada LIMA langkah awal yang bagus diambil untuk selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris.cover 3d

Ebook Gerak Kerja Pantas FBI mengupas kesemua langkah ini.

Langkah keempat, lipatgandakan pergerakan.  (Langkah-langkah lain akan diceritakan di dalam EPL, atau boleh baca di dalam ebook.)

EffectEnglishDAY 1

Apa yang membezakan seorang yang fasih berbahasa Inggeris dengan seorang yang belum mahir lagi ialah jumlah pergerakan.

Miss A fasih kerana sudah banyak menggerakkan MATA membaca English, MULUT bercakap English, TANGAN menaip English dan TELINGA mendengar English.

Simple, yes?

Dengan izin Allah, tip dan teknik menggerakkan anggota ini akan dipindahkan kepada cikpuan yang hadir.

1497825_10204684422605695_6753825148013683052_o

Lihat foto di sebelah – guru-guru memberi fokus menanti isyarat untuk mengalihkan jari masing-masing.  Permainan ini menajamkan kemahiran mendengar.

Antara aktiviti dan permainan untuk kemahiran ini ialah Paper Ball Game dan Lines Quiz.

Lines Quiz is special as this game will cover both listening and speaking skills. 

Ya, dalam EPL we play games dengan matlamat.  Bukan hoo-haa tanpa arah!  InshaAllah.

11048274_10205259480181775_8027478935268866880_o

 Semua orang sibuk, betul?  We are busy people.  Orang yang bijak akan mencari jalan pintas yang boleh jimat masa dan tenaga.

Ada cara mempercepatkan proses fasih berbahasa Inggeris.

Gunakan skrip!

Dalam EPL nanti, boleh mula praktikkan Stylish Scripts untuk berhijrah dari ayat biasa kepada ayat bergaya.

Cukup setakat ini dahulu saya bercerita tentang EPL.  InshaAllah, kita berjumpa di Bangi pada 23 Mei 2015 untuk alami sesi pembelajaran Bahasa Inggeris yang didesain khusus untuk peserta yang sibuk, punya komitmen yang banyak dan dalam masa yang sama berazam mahu upgrade kemahiran berbahasa Inggeris.

Dengan izinNya juga, saya akan berganding dengan seorang lagi Professional Learning Facilitator (PLF) yang berkongsi nama yang sama, iaitu Coach Rasyidah Arshad (sedang beraksi di dalam foto di bawah).

998942_10202687644127481_1008349284_nMaklumat Program

Tarikh:  23 Mei 2015 (Sabtu)

Masa:  9 pagi – 4:30 petang

Tempat:  Mega Mind Training Center, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.

Yuran Penyertaan:  RM150 seorang (termasuk makan tengah hari dan nota)

Mahu harga yang lebih rendah?

Bayar dan daftar sebelum 30 April 2015, yuran program RM120 sahaja.

Hubungi:  Nur Munira 013 627 8727 Rosfazila Ramli 0193345686  (boleh Whatsapp)

Contoh Silibus Schooling yang Bagus

10418889_1091252814234685_3792539592982464760_n

Ini contoh silibus pendidikan yang bagus untuk seisi keluarga.
Silibus yang membawa kepada kenal, cinta, takut dan harap kepada Pencipta ialah ilmu bermanfaat, inshaAllah.

Sebaliknya, silibus yang tidak dikaitkan, dikembalikan, dirujuk, bahkan jauh dari mengingat Ar Rahmaan, bukan silibus namanya.

Tetapi, silly-bus.

Tip pancing anak untuk suka ke daurah:

1. Beberapa minggu, hari sebelum hari kejadian, kita sudah mula bina ‘excitement’ dalam perbualan.
Contoh: Tulis siap di dalam kalendar, dan kerap sebut majlis ilmu yang akan dihadiri. Gunakan perkataan seperti “Tak sabar nak pergi”, “Best nya!”

2. Selitkan aktiviti istimewa sempena majlis ilmu tersebut.
Contoh:
Anak-anak kami suka bab siapkan menu makanan. Bawa pergi ‘grocery shopping’ dan belanja bahan ramuan yang extra special.

Untuk daurah kali ini, hari pertama, Miss M dah siapkan ‘coleslaw purple cabbage & julienne-d carrots’ di dalam peti sejuk. Miss S sudah bancuh kordial sarsi dan sejukkan juga.

3. Jika majlis 3 hari terlampau ‘grand’, mula dengan langkah kecil dahulu.
Biasakan bawa anak-anak ke masjid dari maghrib sehingga isya’.
Ini yang kami praktikkan sebelum kami ‘discover’ dunia daurah. smile emoticon

Apabila sudah biasa dengan suasana masjid, inshaAllah, masjid feels like home.
Taman ilmu, taman syurga.

Di KL/Selangor, sudah banyak masjid yang mesra-famili.
Alhamdulillah.

Sekian,
Semoga bermanfaat.

Bertenang, bonda, bertenang. Sistem membantu kita bertenang. Dan menang.

Alhamdulillah.

Rezeki kita Allah sudah tetapkan.  Tiada kebetulan melainkan ketetapan.

Bermula dengan ‘friendly PM’ di FB, saya menghantar mesej ke Puan Siti Sarah, seorang usahawan online yang fokus kepada produk bahan bantu mengajar dan educational toys.

MashaAllah!  Beliau mengundang saya ke seminar khusus buat ibu sibuk dan kelam-kabut yang mahukan ketenangan dalam rutin harian.

Ahem, that sounds like me – always on the go, juggling tasks and activities and would love to have time for me-self.

Ini sudah bagus.  Pucuk dicita, ulam pegaga.  Syaratnya, di hujung program saya buat perkongsian 30 minit tentang Roadschooling.

———–

Alhamdulillah.

Segala puji hanya layak bagi Allah Pemilik Nyawa kita, Pentadbir semesta.

Seminar yang dianjurkan oleh sahabat saya itu ialah Seminar Supermommy bersama Puan Husna Haron (http://www.efficient2me.com/)

Saya suka konten yang disampaikan.

Puan Husna memindahkan kemahiran mengurus aktiviti harian yang merangkumi LAPAN elemen kehidupan.  Caranya, mesti ada SISTEM.

Apakah itu sistem?

Sistem ialah cara kerja ‘shortcut’.

Kemas rumah ada sistem.  Uruskan ‘laundry’ ada sistem.  Bagus, yes?

Saya suka dengan cara Puan Husna letakkan Al Quran sebagai sumber rujukan bagi mencari jawapan permasalahan yang kita hadapi.  “Bawa Al Quran di dalam beg tangan.”

Saya senang dengan penyampaian beliau yang berlapik – maksudnya, beliau kembalikan kuasa mutlak kepada Allah, Pentabdir semesta.

11010571_10205254536138177_9039417954741551038_n

(Foto:  Bersama Puan Husna selepas seminar tamat).

———– S U R P R I S E —————

Memenuhi ‘syarat’ undangan, saya membuat perkongsian ringkas tentang perjalanan Roadschooling :)

Tiada yang teknikal.  Lebih kepada penceritaan, apa yang saya pelajari sepanjang perjalanan di ‘the road less taken’ ini.

Seperti yang saya kongsikan di Seminar Parenting 212 pada awal Mac tempohari, ada 4 P yang menjadi LEARNING POINTS peribadi saya sebagai seorang ibu roadschooling.

Tunggu posting seterusnya, inshaAllah.

Throwback

So many things have happened to the roadschoolers.
Antaranya:

1. Januari 2014: Musa dan Maryam menjejakkan kaki ke sekolah buat pertama kali sebagai pelajar berdaftar.

2. Jun 2014: Sarah pula masuk ke tahun 1 sebagai pelajar sekolah.

3. Jun 2014: Roadschoolers berehat dari sekolah. (Maryam kemalangan di Indonesia)

4. September 2014: Musa menduduki UPSR dan menghadapi kebocoran. 

Hahahaha… saya pikir-pikir, setiap satu poin ini layak dijadikan cerpen.

Adakah yang mahu baca?

Catatan Royal Belum #1

* Missing them *
Gambar pengubat rindu.
We have always visualized a life of a ‘musafir’, a traveler.
Not a tourist, but a traveler.
Mixing with the locals, catching their languages, ‘pakai baju sama dua-tiga-hari-masih-OK’ kind of traveling.
And of course, the children will join the adventure.
Pernah terbayang, pergi ke tempat-tempat yang hanya ditonton di National Geographics? Ke lokasi eksotik anugerah Allah Al Khaliq.
Last year, alhamdulillah, the dream came true.
It was beyond what we asked for.
Asalnya mahu pergi jalan-jalan, berubah menjadi misi pembangunan insan.
Insan yang mahu dibangunkan itu diri sendiri.
Sekian,
Catatan Awal Cerita Royal Belum
Selfie without monopod.
Look at their eyes…kagum melihat wajah sendiri di skrin.
Bermain dengan Bahasa Inggeris bersama anak-anak Royals.
 Lihat perkataan dan gambar, letakkan di pinggan yang betul.
Ibu-ibu menemani anak-anak ke kelas.
This is their playground!
Oksigen suci di sini.
Hati murni di sini.
Tiada istilah pening.
Apa ada semua dikongsi.
 
Balloons and children ibarat isi dengan kuku.
Cara memenangi hati anak-anak – bawa belon dan tiup. No words needed. 
To reach the village, we had to go through two checkpoints, one military and another state park.
Children under 12 cannot enter.
 
So…anak-anak..tunggu 12 tahun ya baru boleh ikut Umi and Abi.
Mehmet followed us once.
Next, Musa pula inshaAllah.