Contoh Silibus Schooling yang Bagus

10418889_1091252814234685_3792539592982464760_n

Ini contoh silibus pendidikan yang bagus untuk seisi keluarga.
Silibus yang membawa kepada kenal, cinta, takut dan harap kepada Pencipta ialah ilmu bermanfaat, inshaAllah.

Sebaliknya, silibus yang tidak dikaitkan, dikembalikan, dirujuk, bahkan jauh dari mengingat Ar Rahmaan, bukan silibus namanya.

Tetapi, silly-bus.

Tip pancing anak untuk suka ke daurah:

1. Beberapa minggu, hari sebelum hari kejadian, kita sudah mula bina ‘excitement’ dalam perbualan.
Contoh: Tulis siap di dalam kalendar, dan kerap sebut majlis ilmu yang akan dihadiri. Gunakan perkataan seperti “Tak sabar nak pergi”, “Best nya!”

2. Selitkan aktiviti istimewa sempena majlis ilmu tersebut.
Contoh:
Anak-anak kami suka bab siapkan menu makanan. Bawa pergi ‘grocery shopping’ dan belanja bahan ramuan yang extra special.

Untuk daurah kali ini, hari pertama, Miss M dah siapkan ‘coleslaw purple cabbage & julienne-d carrots’ di dalam peti sejuk. Miss S sudah bancuh kordial sarsi dan sejukkan juga.

3. Jika majlis 3 hari terlampau ‘grand’, mula dengan langkah kecil dahulu.
Biasakan bawa anak-anak ke masjid dari maghrib sehingga isya’.
Ini yang kami praktikkan sebelum kami ‘discover’ dunia daurah. smile emoticon

Apabila sudah biasa dengan suasana masjid, inshaAllah, masjid feels like home.
Taman ilmu, taman syurga.

Di KL/Selangor, sudah banyak masjid yang mesra-famili.
Alhamdulillah.

Sekian,
Semoga bermanfaat.

Advertisements

Maryam’s Movie Trailer

Coming later, to a theatre from from you, a movie made by Miss MMR.  This is what parents can expect when a kid gets her hands on an iPad, while parents are enjoying their naps.

The iMovie apps is a cool tool to unleash the creativity in you, or in this case, mini you.

It’s quite cool to have the trailer before you have the movie done.

Well done, Maryam!  We are impressed with you work.  Next time we take a nap, we look forward to wake up for more trailers.

Cara Termurah Membantu Anak Kuasai Bahasa Inggeris

Slide1Cara termudah dan termurah membantu anak-anak memperoleh kemahiran bahasa ialah berbual dengan mereka.  Proses dua hala menghasilkan pencerahan bermakna:
1.  Kita tahu apa yang berlaku di dalam hati dan minda mereka.
2.  Kita mula faham apa yang mereka faham.
3.  Kita mudah menghargai cara mereka memproses maklumat.


Peranan ibu ayah sebagai fasilitator pembelajaran anak-anak ialah menyediakan ruang yang selamat bagi mereka mengekspresi diri.

Apabila anak-anak sudah biasa ditanya, mereka akan selesa menjawab.
Mula dengan Bahasa Melayu, kemudian beralih kepada Bahasa Inggeris.

Guna ayat tanya terbuka supaya jawapan yang diterima lebih daripada Yes, No, I don’t know:

1.  What are you watching?  What do you think about this color?
2.  How many cats do you want to have?  How do you feel about this?
3.  Where would you like to go?
4.  Why do you choose that book?
5.  When is a good time to sleep?

Tidak mengapa apabila ditanya dalam Bahasa Inggeris, mereka menjawab dalam Bahasa Melayu.
Pemerolehan bahasa memakan masa.

Selamat berbual!