Kelas Robotik di Carrefour Kota Damansara

Rezeki!

Ibu bapa di kawasan Kota Damansara, boleh bawa anak-anak merasai pengalaman membina robot sendiri.

SESI PERCUMA ditawarkan.

Anak-anak saya seronok dan teruja (termasuk yang perempuan – Maryam dan Sarah).  InshaAllah, anak-anak anda juga akan ‘bahagia’ bersama robot masing-masing.

Satu sesi = 2 jam.

Walk – in = RM 48.00 sahaja

Anak berusia 5 tahun juga berpeluang memasuki alam kejuruteraan.  Sarah belum mahir membaca ABC, tetapi itu bukan penghalang baginya merasai keterujaan ilmu fizik.

Robot yang siap akan bertarung dalam pertandingan Sumo.  Objektif misi ini ialah menolak lawan keluar dari bulatan hitam.  Anak-anak boleh menambah aksesori pada robot masing-masing.  Perbezaan ketara, robot jantan di’hias’ dengan aksesori yang ada fungsi dan menambah nilai.  Contohnya, sepit tajam di hadapan.

Robot betina lebih berwarna-warni (maaf tiada gambar).  Tiada fungsi selain mencantikkan robot.

Awas!  Cantik tidak semestinya lemah.  Robot betina ciptaan Sarah mendapat tempat kedua 🙂