My father, my Super Model.

Like father like son.
Bapa borek anak rintik.
Paling sesuai untuk homeschoolers sebenarnya. Lebih banyak masa yang diluangkan bersama anak, lebih banyak perangai bapa yang anak akan ikut. Terutama bagi yang kecil, yang dibawah umur.
Kami pilih mahu lihat dari sudut positifnya, iaitu peluang untuk memperbaiki diri Ummi dan Abi sendiri. Jika ada perkara yang tidak molek terserlah pada anak-anak, tentu sekali kami mahu cermin diri kami dahulu.
Action speaks louder than words.
Kata bonda saya, “Hat tak sughuh tu bukan main lagi buat, hat dok sughuh sikit pun tak buat”. (Taiping mali)

Setiap pertuturan dan pelakuan mereka mencerminkan kami. Namun, konsepnya, kalau yang agak baik, semua itu Allah yang bagi. Kalau yang kurang elok, itulah kami. Adab hamba dengan Tuhan.

Setiap detik mereka ada bersama, kami perlu sedar dan jaga setiap tingkahlaku dan tuturkata. Ada beberapa pasang mata sedang memerhati. Kebiasaannya kami terlupa tetapi jika saling mengingati, in shaa Allah, akan buat yang terbaik.

Buat baik untuk ‘menunjukkan’ contoh kepada anak-anak tidak termasuk dalam kategori ‘menunjuk-nunjuk’ aka riya’ kata Tok Guru. Tetapi lebih baik buat baik tanpa perlu berniat untuk menunjukkan apa-apa, walaupun kepada anak-anak sendiri. Mereka lebig ‘tangkap’ keikhlasan kita.

Kami tidak mahu istilah ‘bibik borek anak rintik’ wujud dalam keluarga kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s