Mahu anak fasih berbahasa Inggeris (atau bahasa kedua, ketiga)?

Pagi! Khusus bagi ibu ayah yang berhajat zuriat mereka fasih berbahasa Inggeris, saya kongsikan langkah pertama:

# KENALPASTI target penguasaan bahasa yang mahu dicapai #

5 Stages

1. Novice (Beginner): Kategori ‘tidak cukup makan.’ Payah berinteraksi, banyak menggunakan isyarat. Novice sukar memahami dan difahami.

2. Survivor (Intermediate): Cukup makan. Namanya ‘survivor’, kemahiran bahasanya cukup untuk tidak kelaparan. Boleh menjawab soalan asas dengan kosa kata terhad dan ‘grammar’ yang huru-hara. Contoh ‘survivor’ ialah pekerja Nepal yang datang ke Malaysia.

3. Conversationalist (Advanced): Makanan mencukupi. Just nice. Boleh dibawa bersembang, soalan diaju dapat dijawab. Walaupun ada cabaran ‘grammar’ namun ia tidak mencacatkan pemahaman. Ini tahap selesa berbahasa. Perbualan sekitar tanya khabar, keluarga, diri sendiri.

4. Debater (Fluent): Ibarat makan ‘buffet’ banyak juadah dan kerap ditambah. ‘Debater’ bukan bermaksud pendebat. Di tahap ini, yakin memberi idea dan hujah. ‘Grammar’ yang rumit dikuasai dan susunan ayat ada variasi.

5. Native (Mother Tongue): Bahasa ibunda.

One thought on “Mahu anak fasih berbahasa Inggeris (atau bahasa kedua, ketiga)?

  1. Assalamualaikum Coachsha,
    Saya merancang untuk homeschool anak perempuan saya, berumur 7 tahun. Saya rasakan yang English amat penting untuknya berinteraksi. Walaupun dia faham, tapi tidak mahu / takut berbahasa inggeris.
    Kami berkesempatan melawat adik saya di Ireland tahun lalu. Dan tak sampai sehari, anak saya telah dapat kawan dengan anak mat salleh, walaupun english dia tunggang-langgang (teringat dialog dia: ‘Aliyyah, i want to jalan-jalan.’. Aliyyah jawab ‘jalan-jalan? what’s that? you’re really weird’). Hahaha..tak kisahlah. Tapi apa yang saya kagum, dia berani bercakap Bahasa Inggeris. Adakah kerana situasi/persekitaran berbahasa inggeris mendorong kita untuk terpaksa praktik berbahasa inggeris? Dan seterusnya cepat kita belajar?
    Bagaimana saya nak didik anak saya untuk naik dari kategori novice ke peringkat seterusnya? Persekitaran kami bukanlah persekitaran yang berbahasa inggeris.

Leave a comment