Tak kenal maka tak cinta

Anak-anak yang membesar pada era internet (zaman sekarang) dikenali sebagai Generasi Digital.  Menurut Wikipedia, generasi ini juga dikenali sebagaiGenerasi Z.

Siapakah mereka?

Anak-anak yang lahir seawal tahun 1991 dikategorikan sebagai warga era revolusi teknologi. (Mitchell, David (2008-08-16). “Generation Z-striking the balance”Posnick-Goodwin, Sherry (February 2010). “Meet generation Z”Tapscott, Don(2008). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your World.)

Nama lain untuk generasi ini termasuk Generasi I atau Generasi Internet, lebih ringkas lagi Generasi Net.  Malah ada pakar teori generasi menamakan golongan muda ini The New Silent Generation.  Tidak dinafikan, kategori ini tercipta berdasarkan apa yang berlaku di benua Barat, terutamanya Amerika Syarikat.  Tetapi kesan ledakan ICT ‘tumpah’ ke serata dunia, termasuk Malaysia.

Fakta:  Pada tahun 2008 di Amerika, 1/4 pelajar lepasan sekolah menengah meneruskan pengajian peringkat diploma/ijazah secara online.  Pada tahun 2009, trend ini meningkat ke 44%.  Bagaimana pula dengan negara kita?

Sekiranya pengajian universiti sudah mula di ‘online’kan, slowly but surely, pengajian di sekolah juga akan menuju destinasi yang sama.

handphone mainanlaptop mainanJika diperhatikan, si kecil berusia setahun jagung sudah kenal laptop danhandphone.  Malah, di antara pilihan permainan di kedai mainan (tidak kira yang gedung mainan eksklusif mahupun kedai borong mainan murah), telefon bimbit dan komputer riba menjadi tarikan.

Ciri-Ciri Unik Generasi Digital (anak kita lah…)

1.  “Wired & Connected”- sentiasa berhubung samada melalui ‘www’ atau ‘sms’. Kini internet berada di dalam poket masing-masing!

2.  “Speed, Fast, Instant” – makanan segera, maklumat segera, kepuasan segera.  Lambat itu memenatkan!

3.  Terima maklumat dari pelbagai sumber – Rujuk Google, Wikipedia, akhbar online, blog, laman web untuk maklumat.

4.  Pelbagai aktiviti dilakukan serentak – sambil melayari internet boleh menaip sms, muat turun lagu, chatting bersama rakan FB.

5.  Interaktif – mesti ada respon/tindakbalas, peka pada visual dan bunyi. Two-way communication.

6.  Pembelajaran harus relevan dan FUN!

Mengapa kita harus kenal Generasi Digital? Well, they are our kids  after all.  Tak kenal maka tak cinta, setuju?

Perubahan berlaku dengan pantas.  Anak-anak kita membesar dengan cepat.  Jika kita sibuk dengan kerjaya dan perniagaan, dan menyerahkan anak-anak untuk dididik oleh pihak lain (sekolah, pengasuh, bibik) kita mungkin terlepas pandang yang mereka membesar dalam dunia yang berbeza dengan kita.

Selagi kita boleh kawal dan bentuk anak kita, rebut peluang sebaiknya.  Maka, cara terbaik untuk bonding dengan anak-anak ialah dengan mengenali cara mereka berfikir dan tahu apa yang menarik minat mereka.

We cannot expect them to be like us, but as matured adults we are wise enough to know that…

if you can’t beat them, join them!

Langkah pertama, kenali mereka – The Digital Generation🙂

God Knows Best,

coachsha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s