0 – 7: TOUCH n PLAY

Salam!

This post is a reminder for the writer – I got ‘suntikan tazkirah’ from a ‘selamba rock’ bro who owns bundle/vintage store at Plaza Campbell yesterday.  Bro ni jual jam, jeans, kasut, t-shirts dan macam-macam lagi yang memang ‘rock’ dan merupakan ‘collectors’ item’. (Imagine, sepasang jeans ada yang mencecah Rm1k).

Tapi bila sembang ada saja hadis yang terselit dalam kata-katanya.  Dalam bahasa yang sempoi habis – lu/gua beb!!!  One of the wake-up calls that I got was:

Kids up to 7 years old…belai, sentuh, peluk, cium, dukung, timang, geletek, gurau, main.  

Memang saranan Islam kan?  Kita semua tahu kan?  Tapi kita selalu terlupa kan?

Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak
mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya: pada tujuh
tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu
, didik
anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan
dengannya pada tujuh tahun selepas itu.

Cabarannya, ramai ibu bapa (termasuk yours truly) kadang-kadang terlalu kalut, kecoh dan risau tentang perkembangan ‘akademik’ anak-anak.  Sampaikan anak-anak kita tak sempat nak nikmati keseronokan menjadi budak kecil bersama kita di sisi mereka.  Alhamdulillah, pilihan kami untuk ‘homeschool’ memberi lebih ruang dan peluang untuk bermain dengan mereka.

Sekali sekala, biarkan saja mereka main tanah (Dettol kan ada? hahaha).

Biarkan saja rumah tu bersepah (ooh…ni lah cabaran paling agung for me).

Bagi je mereka makan aiskrim ke Kam Kam ke Tora ke Ding Dang ke (nostalgia zaman dulu).

Nak mandi kat luar tu mandilah..ambil kesempatan ni untuk sental badan mereka *wink*

Tapi yang utama sekali, berikan mereka sentuhan kasih sayang daripada seorang ibu/ayah kepada seorang anak – selagi kita dan mereka masih hidup, InshaAllah.

So, go and hug and kiss your loved ones.  They need the dosage!

8 thoughts on “0 – 7: TOUCH n PLAY

  1. coach,
    kalau yang lebih dari 7 years old, apa pulak cara2 yang sesuai? i love kissing, hugging my kids. can’t we just continue kissing and hugging until forever? just curious.

  2. my kids mmg tak lekang dgn cium kat pipi tiap kali nak pi keje.. bukan mak yg cium depa.. ok ka lagu ni?

    k Ana,
    ada org practise cium anak sampai ke tua.. kalau dah biasa, anak2 tak kesah.. tp org lain yg pandang semacam..

  3. mm…memang kita kadg2 selalu pentingkan akademik anak2..especially this week and the coming one adalah exam week. Kesian anak2 kena push blajar jer……tapi that’s life.

    kalaulah dpt homeschool anak2 sepenuh masa mcm coach sha….

  4. Adinda-adinda Ana, Cik Yan n Ummuwafi:

    Takpa aih..dah besa panjang pun tak salah aih…lagi kelasss..

    Once, I heard on MixFM pasal Father’s Day. This lady said her dad, till now, masih lagi buangkan tulang ikan for her. Awwwhh….

    p/s: kalau makan ikan terubuk bakar cicah air asam alamat tunggu anak takde sebab nak konsentret, takut kita yang tercekik!

  5. yes – agree with you! especially bab ‘biar rumah bersepah’ tu.. (sebenarnya malas nak kemas toys hehe ;p)

    gambar yg second tu sgtlah sweeeeet.. tp yg first tu agak ‘seksi’ errkk..

  6. saya adik beradik dari kecik kalo salam mesti kiss pipi, sampai la besar panjang sekarang. tak kire adik lelaki ke perempuan… depan2 orang pun kami tak kessaaahhh~~ kami duk jauh2 semuanya, dengan cara tu rasa rapat je walaupun kat rumah jarang bercakap (kuar buat hal masing2).

    ayah still layan kitorang macam dlu, walaupun anak dah nak masuk 2, kalo makan ikan berduri, still dia buangkan tulang jgk (mcm cite MixFM tu) hehehe.

Leave a comment