Dilanda Gerhana? Cerahkan Kembali Hidup Ini

“Geeerhaaaannnaa….oowwhh geeerrrhaaaanaaa… owwwh gerhana dalam jiwaku!”

Gerhana dalam hidup ibarat masalah, kesusahan, kesempitan, kekeringan yang melanda hidup kita. Dalam kata lain, gerhana itu tekanan atau stres yang kita lalui dari masa ke semasa. Tiap-tiap hari ada gerhana. Mungkin besar, mungkin kecil. Ada yang serius, ada juga yang remeh.

    10 TANDA Amaran Kita Dalam Gerhana:

    1. Asyik mengantuk, tak puas-puas tidur…ataupun sebaliknya, tak nyenyak tidur
    2. Asyik nak makan saja…ataupun tak lalu nak makan
    3. Pening kepala, sakit perut, selsema, lenguh-lenguh
    4. Terlebih buat sesuatu perkara – terlebih tonton tv, dengar muzik, tidur, layar internet, dsb – sehingga mengabaikan perkara lain.
    5. Menjauhkan diri dari keluarga dan kawan-kawan
    6. Menangis tanpa sebab
    7. Rasa tak berguna, rasa seperti orang bodoh
    8. Tak senang duduk…risau sentiasa
    9. Rasa seperti semua perkara di luar kawalan. Kita tak boleh nak buat apa-apa.
    10. Murung, kecewa dan cepat sangat melenting.

    Pernah tak nampak atau alami tanda-tanda amaran di atas? Mungkin anda sedang melaluinya?

    Jangan mengalah. Gerhana AKAN berlalu. Dalam kitaran alam, bumi tidak boleh elak daripada dilanda gerhana. Itu kuasa Allah SWT. Tetapi dalam hidup ini, kita boleh buat pilihan dan kita boleh cari jalan untuk elak gerhana berterusan.

    • 4 CARA ELAK DAN KAWAL GERHANA
    1. Belajar katakan “TIDAK”, “TAK BOLEH”. Bukan nak menyombong dengan orang, jauh sekali. Tetapi ramai orang dilanda stres kerana tak sampai hati nak menolak permintaan orang lain. Takut orang kecil hati, kan? Ada masa kita tolak, ada masa kita terima. Bagaimana nak katakan tidak? (Nantikan post seterusnya, InshaAllah).
    2. Belajar bila nak katakan “YA”, “BOLEH.” Terima permintaan bila kita memang maksudkan yang “Ya, kita boleh dan mampu buat.” Caranya? (Bakal menyusul..)
    3. Tentukan keutamaan atau prioriti kita. Kita mesti dahulukan apa yang patut didahulukan dan kemudiankan apa yang boleh dikemudiankan. First things first. Apa yang wajib buat, harus buat, patut buat, nak buat boleh tak buat tak mengapa – ini yang kita perlu tahu. Paling penting, tentukan prioriti supaya kita ada masa untuk diri sendiri dan keluarga.
    4. Minta bantuan. “No man is an island.” Rujuk pada ahli keluarga dan rakan-rakan bagaimana mereka tangani gerhana masing-masing.

    Kesimpulan: Dalam hidup seharian, gerhana datang dan pergi. Kita boleh pilih samada nak biarkan ia berterusan atau kita boleh pilih untuk pendekkan tempohnya. InshaAllah.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s