My father, my Super Model.

Like father like son.
Bapa borek anak rintik.
Paling sesuai untuk homeschoolers sebenarnya. Lebih banyak masa yang diluangkan bersama anak, lebih banyak perangai bapa yang anak akan ikut. Terutama bagi yang kecil, yang dibawah umur.
Kami pilih mahu lihat dari sudut positifnya, iaitu peluang untuk memperbaiki diri Ummi dan Abi sendiri. Jika ada perkara yang tidak molek terserlah pada anak-anak, tentu sekali kami mahu cermin diri kami dahulu.
Action speaks louder than words.
Kata bonda saya, “Hat tak sughuh tu bukan main lagi buat, hat dok sughuh sikit pun tak buat”. (Taiping mali)

Setiap pertuturan dan pelakuan mereka mencerminkan kami. Namun, konsepnya, kalau yang agak baik, semua itu Allah yang bagi. Kalau yang kurang elok, itulah kami. Adab hamba dengan Tuhan.

Setiap detik mereka ada bersama, kami perlu sedar dan jaga setiap tingkahlaku dan tuturkata. Ada beberapa pasang mata sedang memerhati. Kebiasaannya kami terlupa tetapi jika saling mengingati, in shaa Allah, akan buat yang terbaik.

Buat baik untuk ‘menunjukkan’ contoh kepada anak-anak tidak termasuk dalam kategori ‘menunjuk-nunjuk’ aka riya’ kata Tok Guru. Tetapi lebih baik buat baik tanpa perlu berniat untuk menunjukkan apa-apa, walaupun kepada anak-anak sendiri. Mereka lebig ‘tangkap’ keikhlasan kita.

Kami tidak mahu istilah ‘bibik borek anak rintik’ wujud dalam keluarga kami.

Ibu Ayah Pelajar Utama – The Star Learners

Ramai yang menganggap homeschooling adalah kaedah ‘mengajar’ anak-anak dirumah.
Kami lihat dari sudut berbeza.

Homeschooling adalah proses untuk kami ‘belajar’ menjadi ibu ayah yang lebih mengambil tahu.
Kalau fikir mahu mengajar, kita kena banyak tahu.
Bila fikir mahu belajar, kita akan banyak ambil tahu.

A good teacher must always be a good learner.

Foto: Menghadiri program CyberWellness bersama fasilitator utama, Tuan Keith Woo.

253204_2299111516505_6754665_n

 

 

Main masak-masak yang betul

Alhamdulillah, we are blessed with a budding young chef at home.

Allahyarham Tok Ayah was a cook.  Both Opah and Tok Wen (the children’s grandmas) cook succulent dishes.

Today, we visited Lunatots in Bandar Sri Permaisuri, Cheras.  We went g00-gaa-gaa looking at baby’s stuff.  At Lunatots, Maryam found a book, ‘Kompilasi Dapur Si Kecil’, a compilation of recipes from Pa&Ma magazines.

WP_20130621_017

So, for pre-dinner dish, Maryam prepared a Wow Whipped Potato and Eggcellent Egg Salad :))))

WP_20130621_015

The recipes are simple and children-friendly.  Inshaa Allah tomorrow night, my friends and I are having a get-together and Maryam is already planning to prepare awesome appetizers.

For the record:  Umi pun belum pernah buat kentang putar ‘from scratch’.  Tabik Maryam.